Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Puting beliung landa Seattle

Di Amerika Syarikat, sejenis puting beliung yang agak luar biasa, melanda pinggir bandar Seattle, merosakkan beberapa buah rumah, serta menumbangkan pokok-pokok.

Anggaran Waktu Membaca:
Puting beliung landa Seattle
Diterbitkan : 19 Dec 2018 08:02PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 08:05PM

AMERIKA SYARIKAT: Di Amerika Syarikat, sejenis puting beliung yang agak luar biasa, melanda pinggir bandar Seattle, merosakkan beberapa buah rumah, serta menumbangkan pokok-pokok.

Malah, bahan-bahan serpihan termasuk daun-daun dan sampah sarap disedut setinggi 182 meter ke udara.

Liputan dari udara menunjukkan kemusnahan dahsyat dengan bumbung diranap dari rumah-rumah dan memusnahkan kenderaan-kenderaan yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang tumbang. Sekitar 50 bangunan, kebanyakannya rumah, dilaporkan musnah.

Mujur, tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut pihak berkuasa, taufan itu melanda sebelum amaran dapat dikeluarkan.

Ia disifatkan sebagai taufan paling dahsyat pernah melanda wilayah Washington, sejak berlakunya bencana puting beliung pada 1972, yang menyebabkan enam orang terkorban dan 300 yang lain cedera.

Sumber : Agensi berita/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan