Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Puting beliung kuat landa Oklahoma, 2 maut

Penyelamat di Oklahoma, Amerika Syarikat meneruskan usaha mencari mangsa terselamat di rumah bergerak dan struktur lain yang musnah dilanda puting beliung kuat semalaman yang sudah mengorbankan dua orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Puting beliung kuat landa Oklahoma, 2 maut

(Gambar: Reuters/Gale Vancampen)

Diterbitkan : 27 May 2019 03:16PM Dikemas Kini : 27 May 2019 03:22PM

WASHINGTON: Penyelamat di Oklahoma, Amerika Syarikat meneruskan usaha mencari mangsa terselamat di rumah bergerak dan struktur lain yang musnah dilanda puting beliung kuat semalaman yang sudah mengorbankan dua orang.

“Buat masa ini, kami melakukan usaha mencari untuk menilai semuanya," kata Datuk Bandar El Reno, Matt White, kepada wartawan pada satu sidang akhbar.

“Kami mengesahkan dua kematian setakat ini. Ia satu trauma yang teruk.”

Bandar yang terletak 40 kilometer ke barat ibu kota wilayah itu, Oklahoma City, mempunyai 17,000 penduduk dan baru pulih daripada banjir teruk apabila ribut membadai lewat Sabtu (25 Mei).

Sekurang-kurangnya 29 orang dimasukkan ke hospital kerana cedera ringan hingga kritikal.

Sebuat taman rumah bergerak hampir musnah, dan Encik White berkata penduduk ditempatkan di pusat perlindungan sementara.

“Kami memerlukan bantuan. Kami sudah memindahkan semua penghuni dari tempat kawasan terjejas,” katanya.

Gambar-gambar yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan kemusnahan besar, dengan banyak rumah bergerak rosak teruk.

Jabatan Khidmat Kaji Cuaca Nasional (NWS) di Norman, Oklahoma dalam satu tweet menyatakan puting beliung kelmarin membawa angin sekencang 218 hingga 265 kilometer sejam, membolehkannya menyebabkan kemusnahan besar.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan