Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin umum vaksin COVID-19 diluluskan di Rusia, meski ujian klinikal tahap akhir masih dijalankan

Presiden Vladimir Putin mengumumkan pada Selasa (11 Ogos) bahawa Rusia menjadi negara pertama di dunia yang memberikan kelulusan bagi vaksin COVID-19, kurang dua bulan ujian ke atas manusia dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
Putin umum vaksin COVID-19 diluluskan di Rusia, meski ujian klinikal tahap akhir masih dijalankan

Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar: Alexei Nikolsky/Kremlin/Reuters)

Diterbitkan : 11 Aug 2020 08:27PM Dikemas Kini : 11 Aug 2020 08:33PM

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin mengumumkan pada Selasa (11 Ogos) bahawa Rusia menjadi negara pertama di dunia yang memberikan kelulusan bagi vaksin COVID-19, kurang dua bulan ujian ke atas manusia dijalankan.

Langkah itu dianggap Moscow sebagai bukti kehebatannya dalam ilmiah sains.

Perkembangan itu juga membuka jalan bagi suntikan vaksin besar-besaran dilakukan ke atas penduduk Rusia, meskipun peringkat akhir ujian klinikal terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin itu masih diteruskan.

Begitu cepat sekali Rusia melancarkan vaksin COVID-19 menunjukkan tekad negara itu untuk mendahului perlumbaan sejagat untuk menghasilkan produk yang berkesan.

Namun ini menimbulkan kebimbangan bahawa negara itu mungkin mengutamakan prestij negara daripada keselamatan dan bukti kukuh sains.

Berucap di sebuah mesyuarat pemerintah yang disiarkan di saluran televisyen rasmi, Encik Putin berkata vaksin yang dihasilkan oleh Institut Gamaleya di Moscow, adalah selamat dan sudah diberikan kepada salah seorang anak perempuannya.

"Saya tahu bahawa ia cukup berkesan, membentuk kekebalan yang kuat, dan saya ulangi, ia telah lulus semua pemeriksaan yang diperlukan," kata Encik Putin.

Beliau berharap negaranya akan segera menghasilkan vaksin secara besar-besaran.

Lebih 100 calon vaksin sedang dibangunkan di seluruh dunia untuk cuba membendung pandemik COVID-19. Sekurang-kurangnya empat berada dalam ujian akhir Fasa 3 ke atas manusia, menurut data WHO.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan