Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin dijangka menang besar dalam pilihan raya presiden Rusia

Harapan bagi kemenangan Presiden Putin mungkin bukan lagi satu teka teki.

Anggaran Waktu Membaca:
Putin dijangka menang besar dalam pilihan raya presiden Rusia

Rakyat Rusia meneliti senarai calon pilihan raya presiden. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Mar 2018 05:37PM Dikemas Kini : 18 Mar 2018 05:38PM

MOSKO: Harapan bagi kemenangan Presiden Putin mungkin bukan lagi satu teka teki.

Para penganalisis meramalkan beliau akan memperolehi sekitar 70 peratus undi atau hampir 10 kali ganda lebih tinggi daripada pencabar terdekatnya kelak.

Jika Presiden Putin dapat terus berkuasa buat penggal keempat dan terakhir, ini bermakna beliau memerintah Rusia selama hampir 25 tahun.

Maka itu, beliau akan menjadi pemimpin yang kedua paling lama memegang jawatan tersebut selepas diktator Soviet, Joseph Stalin.

Seramai tujuh calon bertanding mencabar Presiden Putin.

Namun tiada seorang pun daripada mereka yang benar-benar boleh menggugat kedudukan Encik Putin, menurut para penganalisis.

Kemenangan Presiden Putin yang dikatakan sudah pasti hanya akan 'tercemar' jika bilangan orang yang keluar mengundi kurang daripada 75 peratus seperti yang diharapkan pemerintah.

Menurut ramalan, sekitar 67 peratus daripada 110 juta pengundi akan membuat pilihan mereka.

Keputusannya pengundian akan diketahui esok (19 Mac). 

Sumber : AFP/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan