Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin ancam kerahkan peluru berpandu baru ke arah ibu kota Barat

Presiden Russia Vladimir Putin mengancam untuk melancarkan peluru berpandu baru terhadap ibu kota-ibu kota Barat semasa beliau menyampaikan ucapan ke seluruh negara pada Rabu (20 Feb). Langkah itu dilihat bertujuan meningkatkan rating popularitinya yang kini semakin merosot.

Anggaran Waktu Membaca:
Putin ancam kerahkan peluru berpandu baru ke arah ibu kota Barat

Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar: Alexei Nikolsky/Kremlin/Reuters)

Diterbitkan : 21 Feb 2019 12:13AM Dikemas Kini : 21 Feb 2019 12:17AM

MOSCOW: Presiden Russia Vladimir Putin mengancam untuk melancarkan peluru berpandu baru terhadap ibu kota-ibu kota Barat semasa beliau menyampaikan ucapan ke seluruh negara pada Rabu (20 Feb). Langkah itu dilihat bertujuan meningkatkan rating popularitinya yang kini semakin merosot.

Meskipun bernada agresif terhadap negara Barat, beliau turut menghulurkan janji keadaan hidup yang lebih baik kepada warga negaranya.

Pemimpin Rusia yang sudah lama memegang kuasa itu memberi amaran kepada Washington agar tidak meletakkan peluru berpandu baru di Eropah berikutan kegagalan suatu perjanjian yang ditandatangani sewaktu era Perang Dingin, seraya berkata Moscow akan menganggap langkah itu sebagai suatu "ancaman serius".

"Saya katakan ini dengan jelas dan terbuka, Rusia akan terpaksa mengerahkan senjata yang boleh dilancarkan... terhadap pusat-pusat kuasa yang bertanggungjawab ke atas sistem peluru berpandu yang mengancam kita," kata Ecik Putin.

Amerika Syarikat dan Rusia mencetuskan kebimbangan akan berlakunya perlumbaan senjata yang baru, apabila awal tahun ini mereka masing-masing mengumumkan menarik diri daripada perjanjian Senjata Nuklear Jarak Sederhana (INF), sebuah perjanjian pada tahun 1987 yang menghadkan peluru berpandu jarak sederhana.

Washington yang menjadi pihak pertama mengumumkan pengundurannya daripada perjanjian itu dan menuduh Moscow membangunkan senjata baru yang melanggar perjanjian itu. Namun Encik Putin pada Rabu menyifatkan dakwaan Amerika Syarikat itu sebagai "mustahil".

Retorik-retorik mengenai peluru berpandu seolah-olah bertujuan untuk menggembleng sokongan patriotik buat Encik Putin, yang memenangi pilihan raya sekali lagi tahun lepas dengan lebih daripada 76 peratus undian. Bagaimanpaun baru-baru ini beliau bergelut dengan perangkaan populariti yang menjunam.

Satu tinjauan oleh badan bebas, Levada Center, di Rusia yang diterbitkan pada Januari mendapati sokongan kepada Encik Putin berada pada paras 64 peratus - angka sangat tinggi bagi ramai pemimpin negara Barat namun adalah terendah dalam tempoh lima tahun buat Encik Putin.

Sebahagian besar ucapan beliau kepada rakyatnya itu menumpukan kepada janji-janji menangani isu taraf hidup yang sukar, satu isu utama yang menjadi kekecewaan warga Rusia selama hampir 20 tahun Encik Putin memegang kuasa.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan