Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Puteri Thailand minta maaf setelah pencalonan dibatalkan

Kakak kepada raja Thailand, yang pencalonannya untuk bertanding bagi merebut jawatan Perdana Menteri dibatalkan minggu ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, memohon maaf pada Selasa (12 Feb) kerana menimbulkan "masalah" bagi warga Thailand menjelang pilihan raya bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Puteri Thailand minta maaf setelah pencalonan dibatalkan

Puteri Ubolratana Rajakanya. (Gambar: Damir Sagolj/AFP)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 11:33AM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 11:39AM

BANGKOK: Kakak kepada raja Thailand, yang pencalonannya untuk bertanding bagi merebut jawatan Perdana Menteri dibatalkan minggu ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, memohon maaf pada Selasa (12 Feb) kerana menimbulkan "masalah" bagi warga Thailand menjelang pilihan raya bulan depan. Pilihan raya itu adalah yang pertama diadakan di negara itu sejak rampasan kuasa tentera pada 2014.

Komen puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi dibuat sehari selepas suruhanjaya itu menggugurkan namakan daripada senarai rasmi calon-calon perdana menteri.

Menurut suruhanjaya itu, anggota kerabat diraja tidak sepatutnya menceburi politik. Ini selepas Raja Thailand Maha Vajiralongkorn mengkritik pencalonan kakaknya bagi jawatan perdana menteri sebagai "tidak wajar" dan "melanggar perlembagaan".

"Saya minta maaf kerana niat murni saya untuk berkhidmat untuk negara dan rakyat Thailand menimbulkan masalah-masalah yang tidak sepatutnya berlaku pada era ini," menurut beliau di Instagram miliknya pada lewat Selasa (12 Feb), setelah membuat kemunculan di tempat awam di tengah Thailand. Beliau mengakhiri kenyataannya dengan hashtag, #howcomeitsthewayitis".

Pencalonan puteri Ubolratana oleh sebuah parti yang dikaitkan dengan mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, menyebabkan kegelisahan di negara di mana keluarga diraja disanjung tinggi jutaan rakyatnya dan tidak terlibat dalam politik.

Suruhanjaya Pilihan Raya sedang mempertimbangkan sama ada untuk membatalkan parti Thai Raksa Chart daripada layak untuk bertanding akibat pencalonan tersebut. Undang-undang pilihan raya melarang parti-parti daripada melibatkan keluarga diraja di dalam kempen-kempen. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan