Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putera Mahkota Saudi meterai pelaburan AS$20 bilion di Pakistan

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menyaksikan beberapa perjanjian pelaburan bernilai AS$20 bilion (S$27 bilion) dimeterai di Pakistan. Putera Mohammed melakukan lawatan dua hari ke Pakistan sejak semalam (17 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Mahkota Saudi meterai pelaburan AS$20 bilion di Pakistan

Putera Mohammed bin Salman. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 18 Feb 2019 06:59PM Dikemas Kini : 18 Feb 2019 07:03PM

ISLAMABAD: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menyaksikan beberapa perjanjian pelaburan bernilai AS$20 bilion (S$27 bilion) dimeterai di Pakistan.

Putera Mohammed melakukan lawatan dua hari ke Pakistan sejak semalam (17 Feb).

Lapan perjanjian pelaburan yang dimeterai Saudi semasa lawatan ini adalah dalam sektor daya tenaga dan pertanian.

Ia termasuk pembinaan sebuah loji menapis minyak dan kompleks petrokimia bernilai AS$10 bilion (S$13.5 bilion) di bandar Gwadar di mana China membina sebuah pelabuhan.

Pakistan merupakan persinggahan pertama Putera Mohammed dalam rangka lawatannya ke Asia.

Selepas Pakistan, beliau akan melawat India.

Putera Mohammed akan mengakhiri lawatannya ke Asia dengan kunjungan dua hari ke China pada Khamis dan Jumaat ini.

Sumber : Agensi berita/MU/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan