Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putera Mahkota Saudi ikrar redakan ketegangan India-Pakistan

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman tiba di India pada Selasa (19 Feb) selepas melakukan lawatan ke Pakistan, di mana beliau berikrar untuk meredakan ketegangan antara New Delhi dengan Islamabad.

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Mahkota Saudi ikrar redakan ketegangan India-Pakistan

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman disambut oleh Perdana Menteri India Narendra Modi setibanya beliau di lapangan terbang di New Delhi, India. (Gambar: Manish Swarup/AP)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 10:45AM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 03:32PM

NEW DELHI: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman tiba di India pada Selasa (19 Feb) selepas melakukan lawatan ke Pakistan, di mana beliau berikrar untuk meredakan ketegangan antara New Delhi dengan Islamabad.

Putera Mohammed disambut oleh Perdana Menteri India Narendra Modi setibanya beliau di lapangan terbang.

Beliau dijangka akan berusaha untuk meredakan ketegangan antara India dengan Pakistan, sedang India mempertimbangkan tindak balasnya terhadap serangan bom nekad yang dilancarkan di wilayah Kashmir.

Hubungan antara India dengan Arab Saudi semakin kukuh sejak Encik Modi melakukan lawatan ke Riyadh pada 2016.

Semasa lawatan itu, kedua-dua negara memeterai satu perjanjian untuk bekerjasama dalam pengumpulan risikan berhubung pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan.

Pada tahun lalu, hasil perdagangan dua hala antara India dengan Arab Saudi mencapai AS$27.5 bilion (S$37.2 bilion).  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan