Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putera Charles diuji positif COVID-19

Putera Charles, pewaris takhta Britain, telah diuji positif COVID-19. Charles, 71 tahun ialah anak sulung kepada Ratu Elizabeth. Bagaimanapun isterinya Camilla diuji negatif.

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Charles diuji positif COVID-19

Gambar fail Prince Charles (Gambar: Aaron Chown menerusi Reuters)

Diterbitkan : 25 Mar 2020 08:17PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 08:23PM

LONDON: Putera Charles, pewaris takhta Britain, telah diuji positif COVID-19.

Charles, 71 tahun ialah anak sulung kepada Ratu Elizabeth. Bagaimanapun isterinya Camilla diuji negatif.

"Putera Wales telah diuji positif untuk COVID-19,” menurut Clarence House dalam satu kenyataan.

Beliau telah menunjukkan gejala ringan tetapi kekal dalam keadaan baik dan telah bekerja dari rumah sepanjang beberapa hari yang lalu seperti biasa.

"Duchess of Cornwall juga telah diuji tetapi tidak mempunyai virus," kata Clarence House mengenai Camilla.

Sumber diraja mengatakan bahawa Putera Wales diuji pada Isnin dan mendapatkan keputusannya pada Selasa. Charles telah bercakap kepada kedua-dua Ratu Elizabeth dan anak-anaknya.

Kali terakhir beliau bertemu Ratu Elizabeth, 93 tahun adalah pada pagi 12 Mac.

"Ratu Elizabeth dalam keadaan sihat," menurut Buckingham Palace. "Kali terakhir beliau bertemu sebentar dengan Putera Wales adalah di majlis permasyhuran pada pagi 12 Mac dan mengikut semua nasihat yang wajar berkenaan dengan kebajikannya."

"Tidak mungkin untuk menentukan dari mana Putera mendapat virus itu disebabkan oleh banyak perbualan yang dilakukannya dalam tugasan awam selama beberapa minggu kebelakangan ini," kata Clarence House lagi.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Reuters/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan