Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pusat perlindungan haiwan San Francisco 'gajikan' robot halau gelandangan

Sebuah pusat perlindungan haiwan di San Francisco menggunakan robot untuk menghalau golongan gelandangan yang merempat di luar pusat tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat perlindungan haiwan San Francisco 'gajikan' robot halau gelandangan

(Gambar: Tech Crunch/YouTube)

Diterbitkan : 18 Dec 2017 06:11PM Dikemas Kini : 18 Dec 2017 06:20PM

SAN FRANCISCO: Sebuah pusat perlindungan haiwan di San Francisco menggunakan robot untuk menghalau golongan gelandangan yang merempat di luar pusat tersebut.

Persatuan bagi Mencegah Penganiayaan Haiwan San Francisco (SPCA) menggunakan robot Knightscope K5 untuk meronda.

Robot tersebut, yang ditampal dengan pelekat-pelekat haiwan, tidak mencederakan orang ramai ataupun menghalau orang ramai. Ia dilengkapi dengan kamera dan laser dan sensor haba, sebagai pengawal peribadi yang mengesan kegiatan manusia yang disangsikan dan memaklumkan pihak berkuasa.

Berharga hanya AS$6 (S$8) sejam untuk disewa, mesin yang berbentuk kon itu lebih murah untuk "digajikan" berbanding manusia.

Bagaimanapun menurut laporan San Francisco Business Times, robot tersebut digunakan oleh pusat berkenaan untuk mengekang jenayah daripada berlaku, bukan untuk menghalau gelandangan. Syarikat Knightscope mempertahankan penggunaan robot tersebut menyatakan bahawa jumlah gelandangan dan jenayah di kawasan tersebut mula merosot selepas robot tersebut memulakan kerja-kerja rondaan.

"Pada awalnya kami tidak boleh menggunakan kawasan pejalan kaki kerana terdapat banyak jarum, khemah dan basikal. Dengan itu, menggunakan robot amat mudah," kata Jennifer Scarlett, Presiden SPCA San Francisco.

Cik Scarlett turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa orang yang cuba merosakkan robot tersebut. "Ada yang cuba menjatuhkannya dan meletakkan sos barbeku di sensor," katanya itu. Seorang lagi pengguna Twitter mengatakan bahawa ada yang "meletakkan najis" pada robot tersebut, menurut laporan The Times.  

Sumber : Agensi berita/FA/
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan