Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pusat gempa dipertingkat selepas Sabah dilanda 3 gempa dalam seminggu

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah kini mampu mengesan gempa bumi bermagnitud serendah 1.0 pada skala Richter setelah ditambah baik dalam usaha mengesan kejadian gempa bumi lebih cekap.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat gempa dipertingkat selepas Sabah dilanda 3 gempa dalam seminggu

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 20 Mar 2018 12:11PM Dikemas Kini : 20 Mar 2018 12:21PM

KUALA LUMPUR: Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah kini mampu mengesan gempa bumi bermagnitud serendah 1.0 pada skala Richter setelah ditambah baik dalam usaha mengesan kejadian gempa bumi lebih cekap.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata bahawa 15 lagi stesen seismik ditambah kepada komponen pengumpulan data dan maklumat pusat berkenaan baru-baru ini dengan kos RM12.1 juta (S$4 juta).

“Penambahan stesen ini menjadikan keseluruhan stesen seismik di Sabah sebanyak 28 stesen,” katanya hari ini (20 Mac).

Beliau menjawab soalan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) yang ingin tahu inisiatif dilakukan kerajaan Malaysia dalam menambah baik sistem pengesanan gempa bumi dan tsunami negeri Sabah.

Pada bulan ini, Sabah dilanda tiga gempa bumi di Ranau dalam tempoh seminggu dengan magnitud tertinggi direkodkan pada 5.2 skala Richter pada 8 Mac lalu, diikuti masing-masing 3.1 skala Richter sehari berikutnya dan pada 11 Mac.

Datuk Seri Madius berkata bahawa berikutan gempa bumi di Ranau itu, MOSTI turut menambah baik peraturan tetap operasi, pemantauan dan pengeluaran maklumat gempa bumi serta amaran tsunami.

Katanya, ia melibatkan pasukan bertindak bencana yang diaktifkan apabila gempa bumi bermagnitud 5.0 ke atas berlaku dalam lingkungan 10 kilometer radius dari pusat Gunung Kinabalu berbanding 5.5 skala Richter sebelum ini.

Penambahbaikan tersebut juga memerlukan ketua pasukan bertindak bencana menghubungi pusat kawalan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Pusat Kawalan Malaysia Bukit Aman, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Datuk Seri Madius berkata bahawa maklumat yang diterima turut akan disalurkan kepada pelbagai agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan