Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pusat cuci kereta bertukar tempat bersihkan haiwan korban di Pakistan

Sempena perayaan Aidiladha, pusat cuci kereta milik Sheikh Sagheer tidak dipenuhi kenderaan bertayar empat sebaliknya binatang berkaki empat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat cuci kereta bertukar tempat bersihkan haiwan korban di Pakistan

Sheikh Sagheer (kanan) membersihkan lembu bagi pelanggannya di stesen mencuci kereta miliknya sempena Hari Raya Aidiladha. (Gambar: Rizwan TABASSUM/AFP)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 10:34AM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 10:35AM

KARACHI: Sempena perayaan Aidiladha, pusat cuci kereta milik Sheikh Sagheer tidak dipenuhi kenderaan bertayar empat sebaliknya binatang berkaki empat.

Penduduk setempat membawa lembu, biri-biri dan kambing mereka untuk dibasuh menjelang ibadah korban semasa cuti perayaan tiga hari yang bermula pada Jumaat di Pakistan.

Encik Sagheer, 42, berkata, perkhidmatan mencuci haiwan itu mula dibuat selepas orang ramai melihat beliau membersihkan haiwan miliknya menjelang Aidiladha beberapa tahun lalu.

"Orang ramai yang melihat saya membasuh haiwan datang membawa haiwan milik mereka sendiri... begitulah bagaimana trend ini bermula, kata Encik Sagheer kepada AFP.

Sebilangan besar haiwan berasal dari pasar besar di pinggiran Karachi, yang terkenal sebagai pasar ternak terbesar di Asia semasa perayaan hari raya, yang dipenuhi dengan kambing, lembu dan unta.

Haiwan tersebut biasanya dalam keadaan kotor, berdebu dan terkena najis setelah dipindahkan dan dijual di pasar tersebut.

Encik Sagheer mengenakan bayaran sebanyak 100 rupee (S$1.80) untuk mencuci termasuk untuk rendaman, gosok, cuci dan bilas.

"Bayarannya adalah 100 rupee, tidak ada apa-apa," kata Encik Mohammad Uzair, yang membawa seekor lembu besar untuk dicuci.

Di serata Pakistan, antara lapan dengan 10 juta haiwan disembelih melalui ibadah korban Aildiladha, menurut Persatuan Penyamakan Kulit Haiwan Pakistan.

Encik Sagheer berkata, kebersihan terutamanya penting kerana pandemik virus korona.

"Disebabkan itu saya memastikan haiwan dibersihkan dan disanitasi," katanya.

Sumber : AFP/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan