Images
  • thai pedal lift
    Petikan dari rakaman video Reuters.

Pusat beli-belah di Thailand ini guna injak kaki dalam lif

BANGKOK: Sebuah pusat beli belah di Thailand menggantikan butang yang dipicit oleh jejari untuk menggunakan lif dengan injak kaki.

Tujuannya untuk mengurangkan pendedahan pengguna lif daripada virus COVID-19.

Lif ini diperkenalkan di Seacon Square ketika pusat-pusat beli-belah mula dibuka semula di merata Thailand, selepas sekatan-sekatan membendung penularan COVID-19 mula dilonggarkan pada Ahad (17 Mei).

Semua pusat beli-belah di Thailand ditutup pada Mac lalu.

Thailand mencatat 3,034 ke jangkitan COVID-19 dengan 56 kematian. 

- Agensi berita/AA/ha

Top