Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Puluhan ribu tentang rusuhan antipemerintah di Iran yang masih berterusan

Puluhan ribu orang berhimpun di sekurang-kurangnya 10 bandar Iran hari ini (3 Jan) menentang rusuhan antipemerintah yang berlangsung selama seminggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Puluhan ribu tentang rusuhan antipemerintah di Iran yang masih berterusan

(Gambar: Hamed Malekpour/ Tasnim News/ AFP).

Diterbitkan : 03 Jan 2018 08:04PM Dikemas Kini : 07 Jan 2018 01:17PM

IRAN: Puluhan ribu orang berhimpun di sekurang-kurangnya 10 bandar Iran hari ini (3 Jan) menentang rusuhan antipemerintah yang berlangsung selama seminggu.

Mereka menegaskan sedia mempertahankan pemerintah Iran dan menghancurkan pihak penghasut.

Rapat-rapat sokong pemerintah ini diadakan sehari selepas pemimpin ulung, Ayatollah Khamenei menuduh musuh-musuh Iran menjadi dalang rusuhan anti-pemerintah.

Menurut beliau musuh-musuh Iran memang mencari peluang untuk mencetuskan masalah terhadap Iran dengan menggunakan pelbagai cara seperti wang, senjata, politik dan khidmat perisikan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu secara terbuka menyuarakan sokongan mereka kepada bantahan antipemerintah Iran.

21 orang mati dan lebih 400 lagi ditangkap dalam rusuhan meluas antipemerintah selama seminggu, bermula di bandar Mashhad pada Khamis lalu (28 Dis).

Ia bermula sebagai bantahan berkaitan kesulitan ekonomi dan gejala rasuah.

Seorang hakim terkemuka Iran memberi amaran sebahagian mereka yang ditangkap mungkin boleh dihukum mati.

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan