Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15 selepas COVID-19 berakhir tindakan tepat dapatkan mandat rakyat - Mohamad Hasan

Hasrat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaik sahaja pandemik COVID-19 berakhir disifatkan sebagai keputusan yang tepat bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Anggaran Waktu Membaca:
PRU15 selepas COVID-19 berakhir tindakan tepat dapatkan mandat rakyat - Mohamad Hasan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 07:17PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 07:22PM

SEREMBAN: Hasrat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaik sahaja pandemik COVID-19 berakhir disifatkan sebagai keputusan yang tepat bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Timbalan Presiden UMNO Encik Mohamad Hasan berkata majoriti tipis yang ada di pihak pemerintah ketika ini menyebabkan ia sering dipersoal dan keadaan itu tidak baik bagi sesebuah kerajaan.

"Kerajaan tidak seharusnya terlampau berfikir tentang politik, apabila mendapat mandat baharu nanti, menang atau kalah itu biasa, kalau menang menanglah, kalau kalah kalahlah kerana rakyat yang akan menentukan, sama ada cepat atau pun lambat.

“Rakyat dah sedar bahawa kerajaan dengan majoriti yang tipis tak akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Hasrat yang dinyatakan oleh perdana menteri itu sesuatu yang baik, bagi saya baik untuk mendapatkan mandat daripada rakyat, bukan atas desakan sesiapa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini.

Sabtu lepas, Encik Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Perhimpunan Agung Tahunan 2020 parti itu memaklumkan bahawa PRU15 akan diadakan sebaik sahaja pandemik COVID-19 berakhir.

Dalam pada itu, Encik Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau enggan mengulas kenyataan mengenai isu jawatan Timbalan Perdana Menteri perlu diisi pemimpin UMNO.

"Presiden (Dr. Ahmad Zahid Hamidi) sudah buat kenyataan, cukuplah," katanya ringkas.

Semalam (29 Nov), media melaporkan bahawa Encik Ahmad Zahid Hamidi meminta agar pemimpin UMNO tidak mendesak Encik Muhyiddin mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri dan memberikan kuota itu kepada parti tersebut.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan