Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU14: Muhyiddin Yassin kekalkan kerusi Parlimen Pagoh

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhyiddin Yassin, mengekalkan kerusi Parlimen yang disandangnya di Pagoh.

Anggaran Waktu Membaca:
PRU14: Muhyiddin Yassin kekalkan kerusi Parlimen Pagoh

Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (Gambar: Justin Ong)

Diterbitkan : 10 May 2018 05:35AM Dikemas Kini : 10 May 2018 05:38AM

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhyiddin Yassin, mengekalkan kerusi Parlimen yang disandangnya di Pagoh.

Demikian menurut keputusan rasmi yang diumumkan awal hari ini (10 Mei).

Encik Muhyiddin, yang bertanding di bawah Parti Keadilan Rakyat, menumpaskan pesaingnya Ismail Mohamed dari Barisan Nasional (BN) dan Ahmad Nawfal Mahfodz dari Parti Islam SeMalaysia dengan 23,558 undi.

Encik Ismail memperolehi 16,631 undi manakala Encik Ahmad Nawfal mendapat 2,483 undi.

Encik Muhyiddin, 70 tahun, menyandang jawatan Menteri Besar Johor selama hampir sedekad dan juga Anggota Parlimen Pagoh dari tahun 1978 hingga 1986 dan dari 1995 hingga sekarang.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan