Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Prosiding terhadap Trump mungkin bermula Selasa depan

Prosiding pendakwaan terhadap Presiden Donald Trump mungkin bermula dalam tempoh seminggu lagi selepas upacara angkat sumpah jawatan minggu ini, menurut pemimpin Dewan Senat, Mitch McConnell pada Selasa (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Prosiding terhadap Trump mungkin bermula Selasa depan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 15 Jan 2020 09:28AM Dikemas Kini : 15 Jan 2020 09:31AM

WASHINGTON: Prosiding pendakwaan terhadap Presiden Donald Trump mungkin bermula dalam tempoh seminggu lagi selepas upacara angkat sumpah jawatan minggu ini, menurut pemimpin Dewan Senat, Mitch McConnell pada Selasa (14 Jan).

Encik McConnell berkata beliau menjangkakan Dewan Perwakilan akan menyerahkan kertas pertuduhan terhadap Trump kepada Senat pada Rabu.

“Jika (prosiding) diteruskan, kita akan melalui beberapa langkah peringkat awal minggu ini termasuk upacara angkat sumpah anggota Senat,” katanya sambil menambah beliau berharap semua proses pentadbiran dapat diselesaikan sebelum prosiding perbicaraan sebenar bermula Selasa depan.

Trump berdepan dengan tuduhan menyalahgunakan kuasa dan menghalang bidang kuasa Kongres. 100 senator di Dewan Senat akan menjadi hakim kepada perbicaraan tersebut.

Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, John Roberts akan mengangkat sumpah pada Khamis atau Jumaat minggu ini untuk mengendalikan perbicaraan itu, yang dijangka mungkin berlarutan selama sekurang-kurangnya dua minggu dan mungkin sehingga pertengahan bulan depan.

Trump menjadi presiden ketiga dalam sejarah Amerika Syarikat yang akan dibicarakan yang mungkin menyebabkannya dipecat.

Bagaimanapun kemungkinan beliau dipecat agak tipis kerana parti pimpinan Trump, Republikan menguasai 53 kerusi manakala bagi 47 kerusi dipegang Demokrat. Majoriti dua pertiga undi diperlukan daripada ahli Senat untuk menyingkirkan Trump.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan