Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Projek RTS hubungkan S'pura ke Johor akan diteruskan

Projek Rapid Transit System (RTS) antara Bukit Cagar, Johor Baharu ke Woodlands, Singapura akan diteruskan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. 

Anggaran Waktu Membaca:
Projek RTS hubungkan S'pura ke Johor akan diteruskan

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke.

Diterbitkan : 01 Jun 2018 11:58PM Dikemas Kini : 02 Jun 2018 12:02AM

KUALA LUMPUR: Projek Rapid Transit System (RTS) antara Bukit Cagar, Johor Baharu ke Woodlands, Singapura akan diteruskan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. 

Dalam satu sidang media semalam (1 Jun), Encik Loke berkata projek yang menelan belanja RM4 billion (S$1.3 bilion) itu akan dilaksanakan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan secara prinsipnya akan diteruskan. 

“Projek ini akan menghubungkan Johor Bahru dan Singapura untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor, dan secara prinsipnya kabinet telah bersetuju untuk meneruskan projek ini yang telah diumumkan pada tahun 2010. 

"Kita akan teruskan (projek),  namun mekanisme pembinaan akan dikaji semula bagi mempercepatkan proses...kita mempunyai kerjasama antara Prasarana dan Transit Aliran Massa Singapura (SMRT) yang sepatutnya ditandatangani 30 Jun.  Memandangkan kita memerlukan masa untuk menilai dan kaji projek ini,  kita akan minta supaya tempoh ini dilanjutkan supaya kita ada sedikit masa untuk menilai projek dan kita akan bawa ke kabinet hal ini," kata beliau. 

Projek tersebut yang akan  beroperasi dari Bukit Chagar di Johor ke stesen Woodlands North di Singapura dijangka mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah apabila siap pada 2024.

BAS PERCUMA GOKL BAKAL DILAKSANAKAN

Sementara itu, Encik Loke berkata perkhidmatan bas percuma, GoKL yang dilaksanakan beberapa tahun lalu di ibu kota masih diteruskan sehingga kini. 

Bagaimanapun, menambah bahawa perkhidmatan bas tersebut akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan dengan mengambil kira faktor kewangan kerajaan dan manfaat kepada pengguna.  

“Sebanyak 36 bas percuma beroperasi setiap hari untuk membawa kira-kira 70,000 penumpang dengan anggaran kos RM12 juta (S$4 juta) setahun. Daripada 70,000 penumpang, 60 peratus daripadanya adalah warganegara manakala 40 peratus adalah pekerja asing dan pelancong,” kata beliau. 

Mengulas mengenai manifesto Pakatan Harapan untuk melaksanakan pas pengangkutan perkhidmatan awam tanpa had bernilai RM100 (S$30), Encik Loke berkata pihaknya sedang meneliti cara terbaik bagi melaksanakan janji tersebut. 

“Mekanisme telah dicadangkan kepada saya tetapi ada implikasi kewangan yang besar maka keputusan bagaimana dan bila boleh kita laksanakan ini saya perlu bawa ke kabinet untuk dibincangkan. 

"Apa-apa dasar dan program yang memerlukan bajet kewangan yang besar akan dibawa ke kabinet dan setakat ini program ini masih dalam peringkat kajiandan kita akan membuat keputusan dalam masa terdekat," kata beliau.  

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan