Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Projek Bandar Malaysia disambung semula - Dr Mahathir

Malaysia mengumumkan hari ini (19 Apr) untuk meneruskan semula projek hartanah Bandar Malaysia, hampir dua tahun selepas ditangguhkan secara tiba-tiba pada Mei 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2019 09:55PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 10:02PM

KUALA LUMPUR: Malaysia mengumumkan pada Jumaat (19 Apr) untuk meneruskan semula projek hartanah Bandar Malaysia, hampir dua tahun selepas ditangguhkan secara tiba-tiba pada Mei 2017.

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet kelmarin selepas yakin ia akan membawa kesan besar kepada pembangunan bandar bagi negara itu selain menarik pelaburan langsung asing.

Projek berbilion dolar itu akan diteruskan oleh pemajunya yang asal iaitu syarikat milik pemerintah China CREC bersama syarikat Malaysia, Iskandar Waterfront Holdings.

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata projek itu diteruskan mengikut satu pelan pembangunan yang baru.

Beliau berkata projek mega itu akan membantu menyuntik pertumbuhan ekonomi negaranya dan berfungsi sebagai hab global bagi menarik banyak firma kewangan, teknologi dan keusahawan global yang mempunyai impak tinggi. 

Bandar Malaysia adalah projek pembangunan berkeluasan 197 hektar di bekas lapangan terbang lama Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL) di Sungai Besi.

Perjanjian asal projek AS$1.7 bilion (S$2.3 bilion) itu dicapai mantan PM Najib Razak tetapi dibatalkan akibat pertikaian tentang pembayaran.

Sumber : CNA/AA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan