Images
  • masjid
    Program 1 Masjid 1 Pegawai Polis mendapat reaksi positif daripada pentadbir Masjid Wilayah Persekutan. (Gambar fail: Bernama)

Program 1 Masjid 1 Pegawai Polis buat jemaah rasa tenteram, selamat

KUALA LUMPUR: Cadangan Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menempatkan seorang pegawai polis di 72 masjid menerusi program 1 Masjid 1 Pegawai Polis (1M1P) mendapat reaksi positif daripada pentadbir Masjid Wilayah Persekutan.

Imam Besarnya, Encik Ehsan Mohd Hosni berkata program itu merupakan salah satu daya usaha untuk mengekang kejadian jenayah terutamanya di masjid agar para jemaah merasa tenteram dan selamat ketika beribadah.

“Sudah sampai masanya inisiatif itu dilaksanakan berikutan berlaku kejadian seperti kecurian pada waktu puncak seperti solat Jumaat dan solat Tarawih pada bulan Ramadan,” katanya dalam program Ruang Bicara semalam (17 Mei).

Kelmarin Ketua Polis Kuala Lumpur, Encik Mazlan Lazim berkata, program itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan anggota jawatankuasa masjid bertujuan meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah dengan menyalurkan maklumat jenayah kepada polis.

Beliau berkata ini bagi mengurangkan jenayah seperti curi motosikal, pecah kenderaan, curi tabung masjid dan curi kasut.

- BERNAMA/NA/na

Top