Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Profesor Jepun didakwa 'suruh pelajar hasilkan pil ecstasy'

Seorang profesor universiti di Jepun boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 10 tahun selepas didakwa membuat pelajarnya menghasilkan dadah ecstasy. Demikian menurut para pegawai pada Rabu (17 April).

Anggaran Waktu Membaca:
Profesor Jepun didakwa 'suruh pelajar hasilkan pil ecstasy'

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 08:00PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 08:03PM

TOKYO: Seorang profesor universiti di Jepun boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 10 tahun selepas didakwa membuat pelajarnya menghasilkan dadah ecstasy. Demikian menurut para pegawai pada Rabu (17 April).

Pihak berkuasa mengesyaki profesor farmakologi dari Universiti Matsuyama di barat Jepun itu menyuruh pelajarnya menghasilkan pil MDMA - yang biasa dikenali sebagai ecstasy pada 2013 dan sejenis lagi dadah sintetik dikenali sebagai 5F-QUPIC pada tahun lalu.

Profesor yang berusia 61 tahun itu memberitahu para penyiasat ia kononnya bertujuan menambah 'ilmu pengetahuan' pelajar sains farmaseutikal.

Menurut seorang pegawai dari kementerian kesihatan tempatan, pil ecstasy yang didakwa dihasilkan tidak pernah ditemui dan 'mungkin sudah dibuang'.

Jika didakwa dan sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara 10 tahun.

Undang-undang di Jepun menetapkan seorang penyelidik perlu mendapatkan lesen dari pihak berkuasa daerah untuk menghasilkan narkotik bagi tujuan akademik.

Dadah sintetik MDMA bertindak sebagai perangsang dan membuat penggunanya khayal dan bertenaga.

Baru-baru ini ia digunakan dalam kajian yang menguji kesannya dalam merawat gangguan tekanan pasca trauma (PTSD).

5F-QUPIC pula sejenis dadah seakan ganja yang diharamkan di Jepun pada 2014 selepas ia disyaki menyebabkan kemalangan trafik.       

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan