Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRN Melaka: BN bergerak solo tidak jejas hubungan parti dalam kerajaan pusat

Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bergerak solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti politik dalam kerajaan Persekutuan yang memegang tampuk pemerintahan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
PRN Melaka: BN bergerak solo tidak jejas hubungan parti dalam kerajaan pusat

(Gambar fail: Manan VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 06 Nov 2021 10:03PM Dikemas Kini : 06 Nov 2021 10:10PM

KUALA NERANG: Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bergerak solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti politik dalam kerajaan Persekutuan yang memegang tampuk pemerintahan negara.

Naib Presiden UMNO Mahdzir Khalid berkata beliau yakin pada masa ini terdapat persefahaman pada peringkat kerajaan Persekutuan yang dianggotai parti BN dan Perikatan Nasional atas nama 'Keluarga Malaysia'.

"Malah, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga telah buat keputusan supaya tiada program berkaitan menteri (kementerian) yang dibuat di Melaka sempena PRN tersebut.

"Makna kata, kalau menteri turun ke Melaka pun, itu atas kapasiti beliau sebagai ahli parti politik yang bertanding, bukannya turun sebagai seorang menteri yang membawa bersama program-program kementerian," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat negeri di Kuala Nerang hari ini (6 Nov).

Hari ini BN dilaporkan membuat keputusan untuk bergerak secara solo dalam PRN Melaka pada 20 Nov nanti dengan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka Mohamad Hasan dipetik sebagai berkata kesemua parti komponen BN juga bersetuju untuk mengambil bahagian dalam PRN Melaka kali ini sebagai satu ikatan dan mewakili kemajmukan masyarakat.

Dalam pada itu, mengenai peluang BN untuk memenangi PRN itu, Encik Mahdzir berkata secara tradisinya Melaka sebelum ini sememangnya berada di bawah kerajaan BN.

"Saya fikir bahawa PRN nanti akan mengikut tradisinya kepada kerajaan BN, boleh menggamit kemenangan pada 20 Nov ini," katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan