Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRK Tanjung Piai: Pakatan Harapan kesan lebih 20 akaun FB burukkan calon

Pakatan Harapan (PH) mengesan lebih 20 akaun Facebook palsu yang memburuk-burukkan calon parti tersebut dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Anggaran Waktu Membaca:
PRK Tanjung Piai: Pakatan Harapan kesan lebih 20 akaun FB burukkan calon

Calon Pakatan Harapan bagi PRK Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini (enam dari kiri), beramah mesra bersama penduduk ketika program Borak Kopitiam di Restoran Gao Yuan, Jalan Sawah Pekan Nanas, pada 6 Nov 2019. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 06 Nov 2019 05:06PM Dikemas Kini : 06 Nov 2019 05:07PM

PONTIAN: Pakatan Harapan (PH) mengesan lebih 20 akaun Facebook palsu yang memburuk-burukkan calon parti tersebut dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Encik Zulkefly Ahmad, berkata kewujudan akaun berkenaan berniat untuk “merendah-rendahkan” calon PH iaitu Encik Karmaine Sardini, 66 tahun, dengan cara yang sangat negatif.

"Jumlah (akaun FB palsu) saya rasa banyak dan lebih 20 yang dalam pemantauan termasuk berkaitan calon kita, Haji Karmaine Sardini," ujar Encik Zulkefly kepada pemberita ketika menyertai kempen di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Peradin di Kampung Belokok, Pontian, malam semalam (5 Nov).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri berkata pihaknya akan terus memantau keadaan itu bagi memastikan semua calon boleh berkempen secara sihat.

Pihaknya juga, tambah beliau, tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika didapati terdapat unsur-unsur fitnah disebarkan oleh akaun berkenaan.

“Namun sehingga kini, tiada laporan rasmi diterima berhubung akaun ini dan oleh itu, kita menggalakkan rakyat atau pengamal media yang mendapat berita palsu supaya membuat aduan polis atau kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) secara dalam talian,” nasihat Encik Zulkefly.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan