Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRK Gerik, DUN Bugaya berjalan serentak pada 16 Jan

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Gerik di Perak dan Dewan Undangan Negeri DUN Bugaya di Sabah, dijalankan serentak pada 16 Januari depan.

Anggaran Waktu Membaca:
PRK Gerik, DUN Bugaya berjalan serentak pada 16 Jan

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Nov 2020 01:31PM Dikemas Kini : 27 Nov 2020 01:33PM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Gerik di Perak dan Dewan Undangan Negeri DUN Bugaya di Sabah, dijalankan serentak pada 16 Januari depan.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari manakala pengundian awal pada 12 Januari.

Kedua-dua PRK berkenaan perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Gerik dan DUN Bugaya menyusuli kematian kedua-dua penyandang kerusi tersebut.

Penyandang kerusi Parlimen Gerik Allahyarham Hasbullah Osman meninggal dunia pada 16 November lalu, manakala penyandang kerusi DUN Bugaya Allahyarham Manis Muka Mohd Darah kembali ke rahmatullah, sehari kemudian.

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan