Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Xi berikrar ekonomi China akan lebih terbuka, inklusif

Ekonomi China yang lebih terbuka dan inklusif. Itulah ikrar yang dibuat Presiden China, Xi Jinping dalam ucaptamanya di Forum Boao bagi Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Apr 2018 10:00PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 10:10PM

QIONGHAI, HAINAN: Ekonomi China yang lebih terbuka dan inklusif. Itulah ikrar yang dibuat Presiden China, Xi Jinping dalam ucaptamanya di Forum Boao bagi Asia.

Komen tersebut dianggap paling lantang kepada para peserta forum ekonomi dunia. Dalam ucapan beliau, Presiden Xi berjanji akan memperkenalkan langkah-langkah baru bagi melonggarkan pasaran China, di tengah-tengah hubungan dagangan semakin tegang dengan Amerika Syarikat.

Beliau bertekad untuk membawa ekonomi negaranya ke fasa pembaharuan seterusnya, dengan membuka pasarannya kepada dunia. Antara lain, China akan mengambil langkah-langkah untuk melonggarkan pelaburan dalam bidang penghasilan kereta.

Ini termasuk mengurangkan cukai kereta dan melindungi hak intelektual bagi semua bidang yang disenaraikan dalam tuntutan Amerika Syarikat.

Presiden Xi turut memberi jaminan bahawa kejayaan akan dicapai dengan dasar ekonomi terbuka sambil menekankan dasar globalisasi tidak boleh diubah.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan