Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Tunisia gesa PM letak jawatan jika krisis berlarutan

Presiden Tunisia gesa PM Youssef Chahed undur diri sekiranya krisis politik dan ekonomi negara berterusan

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Tunisia gesa PM letak jawatan jika krisis berlarutan

Perdana Menteri Tunisia, Youssef Chahed. (Gambar: REUTERS/Zoubeir Souissi)

Diterbitkan : 16 Jul 2018 12:34PM Dikemas Kini : 16 Jul 2018 12:35PM

TUNIS: Presiden Tunisia menggesa Perdana Menteri Youssef Chahed supaya meletak jawatan atau melalui satu undian keyakinan sekiranya krisis politik dan ekonomi negara itu berlarutan. Presiden Beji Caid Essebsi menarik balik sokongannya bagi perdana menteri itu yang bertelagah dengan anak lelaki beliau.

Anak lelaki Presiden Essebsi, Hafedh Caid Essebsi, ialah pemimpin parti Nidaa Tounes yang memerintah, yang menggesa Chahed meletak jawatan Mei lalu. Ini disebabkan kegagalan pemerintah Chahed untuk merangsang semula ekonomi Tunisia. Gesaan beliau disokong kesatuan UGTT yang berpengaruh, yang menolak langkah-langkah pembaharuan ekonomi yang diusulkan PM Chahed.

Chahed yang dilantik Essebsi pada 2016 menuduh bahawa anak lelaki presiden itu menghapuskan parti Nidaa Tounes dan berkata krisis dalam parti tersebut menjejas institusi-institusi negara.

Parti Ennahda yang bersifat sederhana menyatakan bahawa pengunduran Chahed akan menjejas kestabilan negara pada masa ia memerlukan pembaharuan ekonomi.

Tunisia dianggap sebagai model kejayaan demokratik Revolusi Arab kerana bantahan-bantahan yang berjaya menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali pada 2011 tanpa mencetuskan sebarang keganasan seperti yang berlaku di Syria dan Libya.

Namun sejak itu, sembilan kabinet gagal menghuraikan masalah-masalah ekonomi, termasuk kadar inflasi yang tinggi dan pengangguran serta rasa tidak puas yang semakin bertambah di kalangan para pemiutang, seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang menyelamatkan Tunisia sejauh ini.

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan