Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Trump kata boleh lanjutkan tarikh akhir dagangan China

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau boleh membenarkan tarikh akhir 1 Mac untuk mencapai perjanjian dagangan dengan China dilanjutkan sedikit.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Trump kata boleh lanjutkan tarikh akhir dagangan China

Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping. (Gambar: Carlos Barria/Reuters)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 02:00PM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 02:05PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau boleh membenarkan tarikh akhir 1 Mac untuk mencapai perjanjian dagangan dengan China dilanjutkan sedikit.

"Jika kami semakin hampir mencapai kata sepakat dan berfikir kami boleh mencapai satu perjanjian... saya boleh beri kelonggaran sedikit," kata Encik Trump kepada para wartawan di Rumah Putih.

Bagaimanapun, beliau menambah: "Umumnya saya tidak begitu cenderung melakukan demikian."

Namun beliau berharap untuk bertemu dengan Presiden China Xi Jinping untuk memuktamadkan perjanjian itu kelak.

Presiden Trump berkata demikian kepada para wartawan di Rumah Putih.

Beliau mengulas perkara tersebut menjelang pusingan ketiga rundingan perdagangan yang dijangka diteruskan semula di Beijing.

Cukai Amerika ke atas produk bernilai AS$200 bilion (S$271 bilion) yang diimport dari China dijadualkan akan dinaikkan kepada 25 peratus jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan sebelum 1 Mac.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan