Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden terpilih Colombia ikrar akan tangani rasuah

Presiden terpilih Colombia Ivan Duque akur beliau berdepan cabaran besar sebagai pemimpin

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden terpilih Colombia ikrar akan tangani rasuah

Presiden terpilih Colombia, Ivan Duque. (Gambar: REUTERS/Luisa Gonzalez)

Diterbitkan : 17 Jul 2018 09:36AM Dikemas Kini : 17 Jul 2018 10:03AM

BOGOTA: Presiden terpilih Colombia, Ivan Duque akur bahawa beliau berdepan dengan cabaran-cabaran besar apabila mengambil alih pucuk pimpinan bulan depan. Meskipun akur beliau bukan luarbiasa, beliau akan berusaha semampu mungkin untuk memacu negara dan merapatkan jurang antara golongan kaya dengan miskin.

Encik Duque, seorang ahli politik sayap kanan yang akan menggantikan Presiden Juan Manuel Santos pada 7 Ogos depan menerima pentauliahan daripada majlis pilihan raya Colombia yang mengesahkan beliau sebagai pemenang sah pilihan raya bulan lalu.

Bersama naib presiden, Marta Lucia Ramirez, Encik Duque berkata bahawa beliau akan memperkasa keselamatan dalam negara, melindungi para pemimpin masyarakat yang diancam kumpulan-kumpulan jenayah, mengurangkan penuaian tanaman secara haram dan memperkukuh ekonomi.

Encik Duque, 41 tahun, yang cenderung kepada perniagaan dan merupakan anak didik mantan Presiden Alvaro Uribe berkata bahawa beliau akan membentangkan satu siri langkah-langkah dasar anti-rasuah kepada kongres pada hari beliau mengangkat sumpah sebagai presiden Colombia.

Beliau berdepan dengan pelbagai kesukaran besar sebagai bakal pemimpin negara. Ekonomi Colombia kekal lemah dengan kumpulan-kumpulan penyeludup dadah berpindah ke kawasan-kawasan yang pernah dikuasai Pasukan Tentera Revolusi Colombia (FARC) dan lebih 800,000 pendatang dari Venezuela memasuki Colombia mencari makanan dan pekerjaan.

Encik Duque berjanji akan merangsang ekonomi bernilai AS$324 bilion (S$441 bilion), memastikan para pelabur berpuas hati dengan memotong cukai perniagaan, menyokong sektor-sektor minyak dan arang batu serta membantu sektor pengilangan.

Sebelum itu, Encik Duque bertugas di Bank Pembangunan Antara Amerika di Washington sebagai seorang konsultan di Perbadanan Pembangunan Andean (CAF) sebagai penasihat kepada Santos apabila beliau menyandang jawatan menteri kewangan dalam pentadbiran mantan Presiden Andres Pastrana.

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan