Images
  • indon
    Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie. 

Presiden ketiga Indonesia BJ Habibie jalani rawatan intensif di hospital

JAKARTA: Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, kini dirawat secara intensif di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Menurut setiausaha peribadinya, Encik Rubijanto, mantan presiden itu kini diberikan rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu pada Ahad (9 Sep).

Menurut Encik Rubijanto, semua pihak tidak dibenarkan untuk menziarahi Encik BJ Habibie buat sementara waktu ini, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Encik BJ Habibie, 83 tahun, adalah presiden Indonesia yang ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menyandang jawatan itu dari 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.

Sebelum ini, pada Mac 2018, Encik BJ Habibie juga menerima rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan mengalami "asphyxia".

- BERNAMA/NA/na

Top