Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Jokowi bertemu keluarga mangsa Lion Air, arah siasat punca nahas

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan menyiasat punca nahas pesawat Lion Air yang terhempas ke dalam laut pada Isnin (29 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Jokowi bertemu keluarga mangsa Lion Air, arah siasat punca nahas

Seorang wanita (tengah) yang kehilangan suaminya dan anaknya. (Gambar: Roni Bayu/AFP)

Diterbitkan : 30 Oct 2018 03:05PM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 03:10PM

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan menyiasat punca nahas pesawat Lion Air yang terhempas ke dalam laut pada Isnin (29 Okt).

Beliau pada masa sama meminta seluruh rakyat Indonesia agar terus berdoa supaya semua 189 mangsa, termasuk penumpang, juruterbang dan anak kapal, dapat ditemui.

Bercakap pada satu sidang media selepas menghadiri satu persidangan di Bali pada Isnin, Presiden Jokowi berkata pasukan mencari dan menyelamat sedang melakukan yang terbaik dalam usaha menjejak mangsa.

Setakat ini, 14 beg berisi jenazah mangsa dibawa ke Hospital Polis Republik Indonesia di Tanjung Priok.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Presiden Jokowi bertemu sanak-saudara mangsa nahas pesawat berkenaan.

Beliau sempat menenangkan mereka yang nyata masih terkejut dan trauma dengan kejadian yang membabitkan pesawat yang baru dua bulan beroperasi itu.

Presiden Jokowi pada masa sama mengarahkan pasukan mencari dan menyelamat mendapatkan badan pesawat secepat mungkin memandangkan dikhuatiri ramai mangsa masih berada di dalamnya kerana tersangkut pada kerusi.

Keshia Aurelia, 14 tahun antara puluhan anggota keluarga mangsa penerbangan JT610 yang menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan maklumat berhubung nahas tersebut.

Ibunya antara penumpang dalam penerbangan tersebut dan dia berkata terpaksa mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan angka korban di wadah online kerana tiada televisyen disediakan untuk mereka.

"Kami berada di sini sehari suntuk tetapi tidak mendapat apa-apa maklumat. Jumlah mangsa amat tidak jelas dan kami harus mencarinya di Internet. Terdapat beberapa orang yang mengamuk, mengatakan bahawa mereka tidak memerlukan makanan, sebaliknya maklumat," kata Keisha.

Pihak berkuasa Indonesia berikrar akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat sepanjang malam dan awal pagi, dengan hanya operasi menyelam dihentikan sehingga awal pagi Selasa (30 Okt). Sebuah kenderaan yang boleh beroperasi dalam air dikerahkan untuk mengesan bangkai pesawat tersebut di dasar laut. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan