Images
  • indo covid jokowi
    Presiden Indonesia Joko Widodo melihat cara pengendalian kes COVID-19 di hospital kecemasan di Perkampungan Atlit Kemayoran, Jakarta, pada 23 Mac 2020. (Gambar: Antara Foto/Hafidz Mubarak A menerusi REUTERS)

Presiden Jokowi ancam rombak kabinet berhubung respons COVID-19

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata beliau bersedia mengambil langkah-langkah luar biasa, termasuk merombak kabinetnya jika mendapati para menteri tidak melakukan secukupnya untuk menangani COVID-19.

Beliau membuat komen itu dalam persidangan kabinet pada 18 Jun lalu, di mana video itu dikeluarkan oleh pejabatnya pada Ahad (28 Jun).

Menurut Presiden Jokowi, ia adalah merbahaya untuk menanggap penularan COVID-19 sebagai perkara biasa.

Beliau sebaliknya menyeru semua menteri dalam kabinetnya agar mengelakkan birokrasi dalam menangani pandemik sekarang.

Encik Jokowi mendakwa hanya 1.5 peratus daripada belanjawan AS$5.3 bilion (S$7.3 bilion) Indonesia untuk sektor kesihatan diagihkan.

Jumlah kes COVID-19 di Indonesia kini melepasi 54,000 kes dengan lebih 2,700 kematian dicatatkan.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- Agensi berita/AA/ha

Top