Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Iraq gesa bantahan antipemerintah dihentikan

Presiden Iraq, Barham Saleh menggesa dihentikan "bantahan anti pemerintah yang semakin memuncak" dan menyarankan diadakan dialog nasional.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Iraq gesa bantahan antipemerintah dihentikan

(Gambar: Ahmad Al-Rubaye/AFP)

Diterbitkan : 08 Oct 2019 05:10PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 05:13PM

BAGHDAD, IRAQ: Presiden Iraq, Barham Saleh menggesa dihentikan "bantahan anti pemerintah yang semakin memuncak" dan menyarankan diadakan dialog nasional.

Menurutnya tindakan keras tidak seharusnya digunakan terhadap penunjuk-penunjuk perasaan kerana itu bertentangan dengan prinsip demokratik di mana hak dan kebebasan rakyat mesti dipelihara.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas pihak tentera mengaku menggunakan kekerasan keterlaluan dalam membanteras tunjuk perasaan.

Lebih 100 orang terbunuh dan lebih 6,000 lain cedera dalam bantahan-bantahan yang bertukar ganas. Saksi-saksi melaporkan bahawa pasukan keselamatan menggunakan meriam air, gas pemedih mata dan peluru hidup.

Dalam video diedarkan dalam media sosial, para penunjuk perasaan dilihat berlindung di jalan raya dipenuhi tayar dibakar ketika tembakan bertalu-talu dilepaskan dan senjata disyaki digunakan.

Penunjuk-penunjuk perasaan menuntut agar Perdana Menteri Iraq Adil Abdul Mahdi meletak jawatan dan mendakwa pemerintah gagal memenuhi tuntutan-tuntutan mereka.

Bantahan-bantahan itu bermula Selasa lalu dengan tuntutan agar rasuah dan pengangguran dikurangkan namun akhirnya berubah menjadi lebih besar dan mereka menuntut rombakan sistem politik negara itu. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan