Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Halimah yakin S’pura dan Saudi dapat terus pertingkat hubungan dua hala; Masagos meterai MOU bagi lindungi alam sekitar dan sumber air

 Presiden Halimah Yacob berkata Singapura dan Arab Saudi mempunyai hubungan yang kukuh dan bermakna dalam banyak bidang.

Anggaran Waktu Membaca:

JEDDAH: Presiden Halimah Yacob berkata Singapura dan Arab Saudi mempunyai hubungan yang kukuh dan bermakna dalam banyak bidang.

Dan dengan lawatan negara pertama Presiden Halimah ke Saudi, beliau berharap Singapura boleh bekerjasama lebih rapat lagi dengan Saudi dan melonjakkan hubungan dua hala ke peringkat yang lebih tinggi.

Semasa berucap di jamuan malam bersama masyarakat Singapura di Jeddah malam ini (7 Nov), Presiden Halimah berkata Arab Saudi dan Singapura sudah bekerjasama sekian lama untuk mengukuhkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Dalam bidang pendidikan pula, terdapat lebih 20 pengkaji dan saintis Singapura di Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdul Aziz di Riyadh dan lagi 60 warga Singapura sedang menuntut di pelbagai universiti merata Saudi termasuk di Medina.

Dalam usaha meningkatkan kerjasama, Singapura dan Saudi memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai perlindungan alam sekitar dan pengurusan sumber-sumber air.

MOU itu, kata Puan Halimah, adalah pemangkin kepada kerjasama lebih rapat antara kedua-dua buah negara.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli menandatangi MOU tersebut bersama rakan sejawatannya dari Saudi, Abdul Rahman Al Fadhli.

Menurut Encik Masagos, MOU tersebut akan memudahkan lagi kerjasama dalam bidang-bidang baru seperti pengurusan mutu air, rawatan sisa air dan kawalan pencemaran udara.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan