Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Halimah Yacob bertemu Raja Salman, Putera Mahkota Saudi

Presiden Halimah Yacob bertemu dengan Raja Salman bagi Arab Saudi dalam rangka lawatannya ke bandar Riyadh petang tadi (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah Yacob bertemu Raja Salman, Putera Mahkota Saudi

Presiden Halimah Yacob bertemu dengan Gabenor Riyadh Putera Faisal Bin Bandar dalam rangka lawatannya ke bandar Riyadh pada awal Nov 2019.

Diterbitkan : 06 Nov 2019 05:57PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 11:26AM

RIYADH: Presiden Halimah Yacob bertemu dengan Raja Salman bagi Arab Saudi dalam rangka lawatannya ke bandar Riyadh petang tadi (6 Nov).

Pertemuan itu yang pertama antara ketua-ketua negara Singapura dan Saudi.

Pertemuan bersejarah antara Presiden Halimah dengan Raja Salman itu diadakan ketika kerajaan Saudi sedang melakarkan Visi 2030 untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang kaya dengan hasil minyak ini.

Siang tadi, Raja Salman turut meraikan Presiden Halimah dalam satu majlis jamuan tengah hari di Istana di Riyadh.

Awal dari itu, Presiden Halimah bertemu dengan Gabenor Riyadh Putera Faisal Bin Bandar.

Malam semalam, Presiden Halimah dan rombongan diberikan sambutan penuh istiadat setibanya di Riyadh dari Madinah.

Esok Presiden Halimah akan ke bandar Jeddah bagi menemui beberapa lagi pemimpin kanan Saudi serta delegasi dari Persekutuan Perniagaan Singapura dan masyarakat Singapura di Saudi.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan