Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah, Presiden Jokowi sahkan ‘hubungan cemerlang’ S’pura-Indonesia

Presiden Halimah Yacob dan Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini (9 Okt) mengesahkan lagi "hubungan cemerlang dan sudah lama dijalin" antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan media.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Oct 2019 05:10PM Dikemas Kini : 09 Oct 2019 09:11PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dan Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini (9 Okt) mengesahkan lagi "hubungan cemerlang dan sudah lama dijalin" antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan media.

Kedua-dua presiden mengadakan pertemuan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), dengan Presiden Halimah menyerikan majlis konvokesyen tersebut sebagai penaung universiti itu.

Presiden Jokowi berada di SUSS bagi menghadiri majlis konvokesyen anak lelaki bongsunya, menurut MFA lagi.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua presiden mengalu-alukan usaha pemerintah Singapura dan Indonesia untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dalam semua sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, pembangunan sumber manusia, pelancongan serta pendidikan dan budaya.

Presiden Jokowi juga mengalu-alukan lawatan Presiden Halimah ke Indonesia pada tahun depan.

Pemimpin Indonesia itu kini berada di Singapura selama dua hari bagi menghadiri Retreat Pemimpin Singapura-Indonesia.

Pada Selasa (8 Okt), Presiden Jokowi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebagai sebahagian daripada Retreat Pemimpin itu.

Semasa satu sidang media bersama, PM Lee berkata hubungan dua hala antara Singapura dengan Indonesia berada dalam "keadaan baik" sambil menambah bahawa hubungan itu adalah "mendalam, pelbagai dan progresif".

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan