Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Filipina Rodrigo Duterte terima dos pertama vaksin COVID-19 Sinopharm

Presiden Filipina Rodrigo Duterte menerima dos pertama vaksin COVID-19 Sinopham pada Isnin (3 Mei) untuk mendorong warganegaranya yang keberatan agar mendapatkan suntikan dan membantu menghentikan penularan koronavirus itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Filipina Rodrigo Duterte terima dos pertama vaksin COVID-19 Sinopharm

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 03 May 2021 10:52PM Dikemas Kini : 03 May 2021 10:53PM

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte menerima dos pertama vaksin COVID-19 Sinopham pada Isnin (3 Mei) untuk mendorong warganegaranya yang keberatan agar mendapatkan suntikan dan membantu menghentikan penularan koronavirus itu. Demikian kata salah seorang pembantu Encik Duterte yang juga seorang ahli senat, Encik Christopher Go.

Presiden Duterte, 76 tahun, mendapatkan vaksinasi untuk melindungi dirinya daripada COVID-19 dan menggalak orang awam supaya menjalani vaksinasi.

Sebelum menerima dos pertamanya itu, yang distrimkan secara langsung di Facebook, Encik Duterte berkata: "Saya rasa baik dan saya sudah lama mengharapkan suntikan vaksin ini".

Enam daripada 10 rakyat Filipina enggan diberi vaksin kerana prihatin akan masalah keselamatan, menurut tinjauan Pulse Asia ke atas 2,400 responden antara 22 Februari hingga 3 Mac lalu.

Dalam satu tinjauan yang serupa pada November lalu, hanya 47 peratus berkata mereka enggan mendapatkan vaksinasi.

Filipina mencatatkan 1.06 juta kes COVID-19 dengan 17,525 kematian iaitu negara kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Indonesia. Antara mereka yang dijangkiti COVID-19 dan kemudian pulih daripadanya termasuk jurucakap Presiden Duterte serta menteri pertahanan negara itu.

Permohonan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 Sinopharm di Filipina masih belum diluluskan namun pengawal selia makanan dan ubat-ubatan negara itu telah menyetujui "penggunaan belas ihsan" sebanyak 10,000 dos Sinopharm bagi pasukan keselamatan Duterte.

Vaksin itu, yang disuntikkan kepada Encik Duterte oleh menteri kesihatan, dilindungi oleh permit penggunaan belas ihsan, kata Jurucakap Presiden Harry Roque.

Encik Duterte berulang kali menyuarakan pilihannya terhadap vaksin diperbuat oleh China dan Rusia.

Filipina sudahpun memberikan 1.9 juta dos vaksin COVID-19, kebanyakannya oleh Sinovac Biotech dari China, sejak program imunisasi bermula pada 1 Mac lalu.

Ia merancang untuk memberi vaksinasi kepada 70 juta daripada 108 juta rakyatnya tahun ini untuk mencapai kekebalan masyarakat dan membuka semula dengan selamat ekonomi yang terjejas teruk dek COVID-19.   

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan