Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Donald Trump tangguh pengisytiharan keadaan darurat di AS

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat (11 Jan) bahawa beliau tidak akan mengisytiharkan keadaan darurat di negara itu sekarang bagi menamatkan kebuntuan berhubung keselamatan sempadan yang melumpuhkan sebahagian besar pemerintahan Amerika Syarikat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Donald Trump tangguh pengisytiharan keadaan darurat di AS

(Gambar: Chip Somodevilla/Getty Images North America/AFP)

Diterbitkan : 12 Jan 2019 02:53PM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 02:56PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat (11 Jan) bahawa beliau tidak akan mengisytiharkan keadaan darurat di negara itu sekarang bagi menamatkan kebuntuan berhubung keselamatan sempadan yang melumpuhkan sebahagian besar pemerintahan Amerika Syarikat.

Sebaliknya, Encik Trump menggesa kongres untuk memperuntukkan AS$5.7 bilion (S$7.7 bilion) bagi tujuan keselamatan sempadan.

Pertikaian itu sudah menyebabkan gangguan penerbangan dan pengumpulan cukai, serta 800,000 kakitangan pemerintah bekerja tanpa gaji.

Encik Trump berkata demikian setelah sidang Kongres ditangguhkan untuk hujung minggu ini, sekaligus sebarang tindakan tidak mungkin boleh diambil hingga minggu depan.

Pada hari ini, penutupan pemerintahan tersebut akan menjadi yang paling lama dalam sejarah Amerika Syarikat.

Meskipun terdapat beberapa isyarat bahawa Encik Trump akhirnya akan mengisytiharkan keadaan darurat di negara itu dalam masa terdekat dan cuba mendapatkan persetujuan Kongres, beliau memberitahu satu mesyuarat Rumah Putih bersama para pegawai negeri dan tempatan: "Saya tidak akan melakukannya begitu cepat."

Encik Trump menyifatkan pengisytiharan darurat sebagai "jalan keluar yang mudah" dan berkata bahawa Kongres perlu memenuhi tanggungjawabnya untuk meluluskan peruntukan AS$5.7 bilion (S$7.7 bilion).

"Jika mereka tidak boleh melakukannya..., saya akan mengisytiharkan keadaan darurat nasional. Saya ada hak mutlak," tegas beliau. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan