Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Brazil tuduh Leonardo DiCaprio biayai pembakaran hutan Amazon

Presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Jumaat (29 Nov) mendakwa bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio, membiayai pembakaran hutan hujan Amazon walaupun tidak memberikan sebarang bukti.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Brazil tuduh Leonardo DiCaprio biayai pembakaran hutan Amazon

Gambar fail: Leonardo DiCaprio menghadiri tayangan "Once Upon a Time In Hollywood" di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, pada 22 Jul 2019. (Gambar: Mario Anzuoni/REUTERS)

Diterbitkan : 30 Nov 2019 11:20AM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 11:21AM

SAO PAULO: Presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Jumaat (29 Nov) mendakwa bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio, membiayai pembakaran hutan hujan Amazon walaupun tidak memberikan sebarang bukti.

Encik Bolsonaro dilihat memuat naik komen dalam satu catatan Facebook yang mendakwa pertubuhan alam sekitar Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) membayar untuk mendapatkan gambar-gambar dirakamkan oleh relawan bomba dan kemudian menggunakannya bagi meraih derma, termasuk sumbangan AS$500,000 (S$684,000) daripada DiCaprio.

WWF bagaimanapun menafikan ada menerima sumbangan derma berkenaan atau memperolehi gambar-gambar daripada relawan bomba.

“Leonardo DiCaprio ini sangat hebat kan? Beri duit untuk membakar Amazon,” kata Encik Bolsonaro dalam satu ucapan ringkas di hadapan kediaman presiden.

Wakil DiCaprio tidak memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas kenyataan oleh Encik Bolsonaro itu.

DiCaprio sebelum ini lantang bersuara memperjuangkan isu alam sekitar mencakupi perubahan iklim dan sering mengutarakan pandangan di Twitter termasuk mengenai kebakaran hutan hujan Amazon. Yayasan Leonardo DiCaprio miliknya yang memberi tumpuan kepada projek melindungi hidupan liar daripada pupus adalah sebahagian daripada Earth Alliance.

Empat anggota pertubuhan bukan pemerintah atau NGO, Briged Alter do Chão Fire, ditangkap Selasa lalu (26 Nov) kerana dituduh sengaja menyebabkan kebakaran bagi membolehkan gambar-gambar kejadian dirakamkan dan digunakan untuk mengumpul derma.

Mereka bagaimanapun dibebaskan Khamis lalu atas arahan hakim.

Ahli politik dan NGO lain mengkritik hebat penangkapan itu sambil menyatakan ia adalah sebahagian daripada percubaan bersama pemerintah Encik Bolsonaro untuk mengganggu kumpulan-kumpulan alam sekitar.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan