Images
  • Prayut Chan-o-cha
    Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha. (Gambar: AFP)

Prayut Chan-o-cha rasmi sandang jawatan PM Thailand

BANGKOK: Encik Prayut Chan-o-cha secara rasmi kembali menjadi Perdana Menteri Thailand hari ini (11 Jun) setelah Raja Maha Vajiralongkorn menyokong keputusan parlimen memilih beliau minggu lepas.

Bagaimanapun, kali ini, Encik Prayut mengetuai sebuah kerajaan awam dan bukan tentera menyusuli pilihan raya umum pada Mac lalu.

Encik Prayut pertama kali menjadi Perdana Menteri setelah beliau memimpin rampasan kuasa tentera pada tahun 2014.

Kuasa junta tentera akan berakhir apabila kabinet baru dibentuk.

Dalam ucapan ringkas selepas pengesahan pelantikannya, PM Prayut berjanji akan mengabdikan dirinya untuk berkhidmat dengan jujur dan integriti demi kesejahteraan negara serta rakyat Thailand.

 Semasa kempen pilihan raya lalu, pemimpin tentera itu berikrar untuk menamatkan konfrontasi antara para pembangkang dan penyokong bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang disingkirkan. Para penyokong setia mantan perdana menteri itu menerajui Parti Pheu Thai yang mengetuai Democratic Front.

Dalam beberapa kes, para anggota parti Encik Prayut menuduh pihak pesaing atas kesetiaan yang tidak mencukupi terhadap monarki dan pemimpin parti Future Forward - yakni sebahagian daripada Democratic Front - menghadapi tuduhan polis bagi hasutan dan jenayah siber. 

- REUTERS/MU/fz

Top