Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pramugari dipecat kerana dilamar dalam pesawat

Setiap wanita pasti mengharapkan pasangan mereka membuat lamaran yang luar biasa kerana ia titik istimewa dalam kehidupan mereka. Di China, impian seorang pramugari seolah-olah menjadi kenyataan apabila kekasihnya melamarnya dalam pesawat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pramugari dipecat kerana dilamar dalam pesawat

Petikan gambar dari video YouTube.

Diterbitkan : 17 Sep 2018 07:06PM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 07:10PM

CHINA: Setiap wanita pasti mengharapkan pasangan mereka membuat lamaran yang luar biasa kerana ia titik istimewa dalam kehidupan mereka. Di China, impian seorang pramugari seolah-olah menjadi kenyataan apabila kekasihnya melamarnya dalam pesawat. Namun, impiannya hancur berkecai selepas beliau diberhentikan kerja gara-gara dilamar semasa bertugas.

Agensi berita Channel 8 melaporkan, beberapa bulan selepas kekasih pramugari terbabit melutut untuk melamarnya dalam penerbangan, syarikat China Eastern Airlines mengeluarkan surat pemberhentian kerja terhadap pramugari yang tidak dinamakan itu.

Insiden berlaku pada bulan Mei lalu, di mana kekasih pramugari berkenaan melamarnya 30 minit selepas pesawat berlepas, lapor Asia One. Video yang merakam detik manis itu sempat menjadi tular di media sosial.

Namun, pada awal bulan September, pramugari itu disahkan sudah dipecat kerana mengabaikan keselamatan para penumpang.

Syarikat itu menyatakan sesetengah penumpang berasa marah dan mendakwa pramugari itu tidak bersikap profesional kerana terlibat dalam urusan peribadi semasa penerbangan sehingga mengabaikan keselamatan para penumpang, lapor Channel 8.

Meskipun begitu, terdapat reaksi bercampur-campur selepas khabar pramugari itu dipecat tersebar di media sosial. Ada yang menyifatkan pemecatannya sebagai keterlaluan dan "tidak berhati perut", manakala ada yang menegaskan bahawa tindakan pramugari yang terlibat dalam "urusan peribadi" semasa bertugas sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Apa kata anda?  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan