Images
  • pope
    (Gambar: AFP)

Pope terperangkap dalam lif

VATICAN CITY: Pope Francis tiba lewat untuk menghadiri majlis ucapan mingguannya di Dataran St Peter pada Ahad (1 Sep) selepas terperangkap di dalam lif selama 25 minit.

Namun, beliau akhirnya berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

“Saya mohon maaf,” katanya sambil tersenyum ketika memulakan ucapan yang terlewat kira-kira 10 minit.

Beliau kemudian menjelaskan ada masalah elektrik di Vatican, menyebabkan beliau terperangkap dalam lif sehingga terpaksa diselamatkan oleh pegawai bomba Vatican.

“Tepukan untuk pasukan bomba,” katanya kepada orang ramai. 

- REUTERS/FZ/fz

Top