Pope Francis seru keamanan dikembalikan di Gaza
Dalam ucapan sempena Hari Easter semalam (1 Apr), Pope Francis menyeru keamanan ditegakkan menyusuli insiden serangan di sempadan Israel-Gaza yang menyebabkan 16 orang terbunuh dua hari sebelumnya.
VATICAN CITY: Dalam ucapan sempena Hari Easter semalam (1 Apr), Pope Francis menyeru keamanan ditegakkan menyusuli insiden serangan di sempadan Israel-Gaza yang menyebabkan 16 orang terbunuh dua hari sebelumnya.
Dari atas beranda Gereja St. Peter, Pope Francis berkata kepada berpuluh-puluh ribu orang yang hadir: “Konflik itu langsung tidak mengecualikan mereka yang tidak dapat mempertahankan diri.”
Beliau juga menyeru agar ditamatkan segera pergolakan di Syria sambil mendesak agar bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki negara tersebut. Selain itu, Pop Francis juga menyeru keamanan di selatan Sudan dan Republik Demokratik Congo.
Pope Francis secara khusus merujuk kepada keganasan di Gaza pada Jumaat lalu (10 Mac), selain menyeru keamanan dikembalikan di tanah suci tersebut.
Ekoran insiden demikian, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak gesaan agar satu siasatan dijalankan di sempadan Gaza-Israel itu.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, Ketua Polis Federica Mogherini, Kesatuan Eropah dan ramai pemimpin lain juga mendesak agar soal siasat segera dilakukan berhubung insiden itu.
Selain itu, Pope Francis juga memohon agar warga seluruh dunia mengutamakan kedamaian bermula dengan Syria yang sekian lama berada dalam kemelut peperangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.