Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pope Francis gesa tindakan terhadap skandal seks paderi 'memalukan' di Ireland

Pope Francis melahirkan rasa malu atas kegagalan Gereja Katolik untuk menangani dengan secukupnya "jenayah penderaan seksual yang menjijikkan ke atas kanak-kanak" oleh paderi Gereja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Aug 2018 05:25PM Dikemas Kini : 26 Aug 2018 09:24PM

DUBLIN: Pope Francis melahirkan rasa malu atas kegagalan Gereja Katolik untuk menangani dengan secukupnya "jenayah penderaan seksual yang menjijikkan ke atas kanak-kanak" oleh paderi Gereja.

Ketua gereja Roman Katolik itu membuat pengakuan tersebut beberapa jam selepas beliau tiba di Ireland.

Pope Francis menemui lapan mangsa penganiayaan seksual selama 90 minit semasa lawatan itu.

Menurut salah seorang mangsa, Pope Francis memberitahu mereka bahawa beliau mengutuk keras pihak-pihak yang merahsiakan jenayah tersebut. Pope Francis juga berikrar untuk menghapuskan perbuatan sedemikian dalam Gereja Katolik.

Ireland merupakan salah sebuah tempat di mana berlakunya krisis tersebut dan Gereja Katolik di negara itu dibidas hebat kerana menyembunyikan perbuatan jenayah tersebut.

Ini adalah kali pertama dalam masa empat dekad seorang ketua gereja Roman Katolik melakukan lawatan ke Republik Ireland. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan