Images
  • pompeo 12 feb
    Setiausaha Negara AS Mike Pompeo di Budapest, Hungary pada 12 Feb (Gambar: Reuters)

Pompeo beri amaran kepada sekutu AS supaya jangan gunakan peralatan Huawei

BUDAPEST: "Kami atau mereka": Itulah mesej yang disampaikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo kepada sekutu-sekutu Amerika Syarikat jika mereka memilih untuk menggunakan peralatan telekomunikasi Huawei.

Huawei merupakan syarikat peralatan telekomunikasi dari China yang terbesar di dunia.

Washington sudah sekian lama menuduh Huawei menjadi perisik untuk pemerintah China menerusi peralatan perkakasan dan perisiannya.

Encik Pompeo berkata demikian di Budapest, Hungary sebagai sebahagian daripada lawatannya ke lima negara Eropah.

Mesej itu nampaknya ingin disampaikan di situ kerana Huawei merupakan pemain utama dalam pelaksanaan rangkaian telekomunikasi 5G Hungary.

Huawei bagaimanapun menyangkal sebarang tuduhan yang ia terlibat dalam risikan bagi mana-mana pihak pemerintah. Syarikat itu menegaskan bahawa teknologinya menyediakan khidmat kepada 70 peratus warga Hungary dan ia bekerjasama dengan kebanyakan penyedia telko di Hungary, termasuk syarikat milik pemerintah. 

- Reuters/NF/tq

Top