Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis usir semua pelarian di Papua New Guinea dari pusat tahanan

Papua New Guinea mengusir keluar semua pelarian dari sebuah pusat tahanan Australia. Ini menamatkan krisis yang sudah berlangsung selama tiga minggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Nov 2017 07:48PM Dikemas Kini : 24 Nov 2017 09:47PM

SYDNEY: Papua New Guinea mengusir keluar semua pelarian dari sebuah pusat tahanan Australia. Ini menamatkan krisis yang sudah berlangsung selama tiga minggu.

Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan polis menggunakan palang besi untuk memaksa para tahanan keluar dari pusat itu, dan diheret ke bas-bas yang menunggu .

Operasi polis dikatakan bermula semalam (23 Nov) di mana 50 lelaki diusir dari pusat tersebut. Operasi itu kembali dijalankan pagi tadi di mana 320 tahanan pula diusir keluar.

Bekalan makanan, elektrik dan air juga diberhentikan agar para tahanan berpindah ke kawasan lain.

Agensi Pelarian PBB turut prihatin tentang penggunaan kekerasan oleh pihak polis ke atas pelarian ini.

Menurut polis, semua pelarian sudah dipindahkan dari pusat di Pulau Manus itu dan ditempatkan di kawasan-kawasan alternatif .

Para pelarian ini pada mulanya enggan dipindahkan kerana bimbang tentang keselamatan dan layanan buruk penduduk tempatan. 

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan