Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis trafik lepas tuduhan curi wang di lebuh raya

Sebaik sahaja Mahkamah Majistret melepaskan dan membebaskan Sa’dat Abdul Manab, 33 tahun daripada tuduhan mencuri RM200 (S$85), anggota polis trafik berpangkat Lans Koperal itu lantas melakukan sujud syukur dengan perkhabaran yang amat melegakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis trafik lepas tuduhan curi wang di lebuh raya

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 01:41PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 01:51PM

KUALA KANGSAR: Sebaik sahaja Mahkamah Majistret melepaskan dan membebaskan Sa’dat Abdul Manab, 33 tahun daripada tuduhan mencuri RM200 (S$85), anggota polis trafik berpangkat Lans Koperal itu lantas melakukan sujud syukur dengan perkhabaran yang amat melegakan.

Beliau yang memakai baju kemeja berwarna hitam kelihatan sebak selepas menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan yang mengikuti prosiding sebaik sahaja mahkamah mengumumkan keputusannya, dan melakukan sujud syukur beberapa saat di pekarangan mahkamah sebelum beredar.

Majistret Noorhidayah Mohd Saad dalam penghakimannya memberitahu bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie, dan mengarahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri.

Tertuduh didakwa mencuri wang RM200 (S$85) milik Muhamad Alif Shahar, 25, di Kilometer 243.5 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Ipoh pada 13 Julai 2016, kira-kira jam 4.40 petang.

Pendakwaan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara dan didenda serta dikenakan sebatan bagi kesalahan kedua.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam R S N Rayer. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan