Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Thai lerai bantahan desak PM Prayut letak jawatan

Polis Thailand terpaksa menggunakan peluru getah dan meriam air ke atas penunjuk perasaan di Bangkok pada Ahad (18 Jul) yang ingkar arahan sekatan COVID-19 untuk menggesa Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha supaya meletak jawatan dan menandakan ulang tahun setahun gerakan prodemokrasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Thai lerai bantahan desak PM Prayut letak jawatan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Jul 2021 08:53PM Dikemas Kini : 18 Jul 2021 08:55PM

BANGKOK: Polis Thailand terpaksa menggunakan peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air ke atas penunjuk perasaan di Bangkok pada Ahad (18 Jul) yang ingkar arahan sekatan COVID-19 untuk menggesa Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha supaya meletak jawatan dan menandakan ulang tahun setahun gerakan prodemokrasi.

Thailand kini sedang menghadapi gelombang penularan terburuk COVID-19 terburuk, dengan mencatat kenaikan jumlah kes jangkitan harian manakala hospital pula menghadapi tekanan hebat.

Memburukkan lagi keadaan ialah kelengahan kerajaan dalam memperoleh vaksin, selain mengundang kritikan ketika ekonomi Thailand terjejas teruk akibat sekatan perniagaan yang semakin diperketat.

Penunjuk perasaan yang ingkar larangan berhimpun melebihi lima orang itu turut melonggokkan beg mayat palsu berserta cat merah dekat dengan Monumen Demokrasi di ibu kota.

"Kami akan mati akibat COVID jika kami duduk di rumah, itu sebabnya kami harus keluar rumah," teriak seorang penganjur bantahan yang menyenaraikan tiga tuntutan.

"Prayut Chan-O-Cha mesti letak jawatan tanpa syarat; kedua, belanjawan kepada sistem diraja dan tentera untuk melawan COVID-19 dipotong, dan akhir sekali ialah bawa masuk vaksin mRNA."

Kain rentang gergasi dengan gambar PM Prayut - dalang rampasan kuasa 2014 - dibentangkan di jalan raya dan kemudian dipijak-pijak oleh penunjuk perasaan.

Mereka berarak ke Bangunan Kerajaan, diketuai kumpulan yang memakai topeng gas selain disertai penunggang motosikal sambil membawa beg mayat di atas kenderaan mereka.

Namun, pihak berkuasa bertindak awal melepaskan meriam air dan menghadang jalan raya utama, memaksa penunjuk perasaan berundur.

Mereka juga melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata, menurut wartawan AFP di lapangan.

Langkah itu menyebabkan penunjuk perasaan bertempiaran lari sambil terbatuk-batuk sedang mereka cuba membilas mata dengan larutan salina.

Menjelang lewat petang, kedua-dua pihak tercegat bertentangan antara satu sama lain.

Belum dapat disahkan berapa ramai yang cedera.

Thailand kini mempunyai lebih 403,000 kes COVID-19 dengan 3,341 mati akibat penyakit itu.

Negara itu pada Ahad mencatat jumlah rekod baru jangkitan melebihi 11,000, setelah mencatat angka korban tertinggi pada Sabtu dengan 141 kematian.

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan