Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis terima laporan kes rogol melibatkan Exco kerajaan negeri Perak

Polis mengesahkan ia menerima laporan berhubung dakwaan seorang Exco (jawatankuasa eksekutif) kerajaan negeri Perak yang disyaki merogol pembantu rumahnya.  

Anggaran Waktu Membaca:
Polis terima laporan kes rogol melibatkan Exco kerajaan negeri Perak

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 09 Jul 2019 07:27PM Dikemas Kini : 09 Jul 2019 07:29PM

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan ia menerima laporan berhubung dakwaan seorang Exco (jawatankuasa eksekutif) kerajaan negeri Perak yang disyaki merogol pembantu rumahnya.  

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman ACP Choo Lily berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita warga Indonesia itu pada Isnin (8 Jul).

“Kita (polis) masih menyiasat laporan itu dan akan mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak,” ujarnya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

Media tempatan hari ini melaporkan Exco tersebut dipercayai merogol wanita itu di kediamannya di Meru, Ipoh.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan