Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis terima laporan hina Raja, Permaisuri M'sia di Twitter

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman media sosial Twitter pada Khamis (12 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis terima laporan hina Raja, Permaisuri M'sia di Twitter

Polis Malaysia menerima laporan kes penghinaan terhadap institusi Diraja di Twitter. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Sep 2019 11:27AM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 11:30AM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman media sosial Twitter pada Khamis (12 Sep).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed, berkata dalam satu kenyataan semalam (12 Sep) bahawa PDRM sudah membuka siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948, oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.

Menyusuli insiden itu, media tempatan melaporkan bahawa Tunku Azizah sudah menyahaktif akaun Twitter rasmi miliknya.

Bagaimanapun menurut laporan Sinar Harian, tidak dapat dipastikan mengapa Raja Permaisuri Agong bertindak menutup akaun Twitternya.

Namun beberapa individu antaranya pengguna 'Firdaus Asraf' dipercayai menyebabkan Raja Permaisuri Agong mengambil langkah demikian, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Negara, Musa Hassan, menegaskan polis harus mengambil tindakan tegas bagi menahan individu terbabit di bawah Akta Hasutan.

Para warga siber turut melancarkan kempen #AmpunTuanku sambil mengharapkan Raja Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaun Twitternya.

Menurut laporan Sinar Harian, Firdaus Asraf sudahpun membuat permohonan maaf sambil menjelaskan dirinya sebagai derhaka menerusi catatan di Twitternya.

Sumber : Bernama/Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan