Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis terima 4 aduan selepas Tun Mahathir sebut perkataan 'keling'

Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini (9 Apr) membuat empat aduan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mengucapkan perkataan 'keling' pada ucapan umumnya yang disifatkan menghina kaum India di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis terima 4 aduan selepas Tun Mahathir sebut perkataan 'keling'

Mantan perdana menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar: REUTERS/Samsul Said/Files)

Diterbitkan : 09 Apr 2018 10:02PM Dikemas Kini : 09 Apr 2018 10:03PM

BUTTERWORTH: Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini (9 Apr) membuat empat aduan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mengucapkan perkataan 'keling' pada ucapan umumnya yang disifatkan menghina kaum India di negara ini.

Presidennya Datuk Seri R.S. Thanenthiran berkata perkataan yang diucapkan oleh Dr Mahathir itu dianggap bersifat perkauman dan tidak patut sama sekali dinyatakan oleh seorang bekas pemimpin yang sememangnya arif tentang penduduk negara yang berbilang kaum.

"Pada dua hari yang lalu semasa pelancaran manifesto parti (Pakatan) Harapan, beliau mengeluarkan satu perkataan di mana beliau sehingga hari ini tidak mahu memohon maaf terhadap kaum India. Ia benar-benar mengguris hati kami," kata Encik Thanenthiran dalam sidang akhbar di hadapan Balai Polis Butterworth.

Beliau turut menggesa Dr Mahathir supaya membuat permohonan maaf secara terbuka selain berharap polis akan menjalankan siasatan, tindakan dan pemberkasan ke atas Dr Mahathir supaya masyarakat India tidak lagi dihina oleh mana-mana pihak.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan